Archive for the ‘Travel’ Category

IMG_8425
klcc1

Bukit Tinggi

June 7, 2009

IMG_5339
IMG_5268
IMG_5260
IMG_5506

Dah 2 bulan lepas gambar-gambar ini di ambil.Sekarang jer sempat nak dikongsikan bersama.Apa yang boleh saya katakan,tempat ni memang best.

Halim Jasmi’s Profile | Create Your Badge
Halim Jasmi's Facebook Profile

Golden Hours

May 24, 2009

9AK_0132LW

This picture was taken 2 years ago, View taken from my hotel room in Port Dickson.

Halim Jasmi’s Profile | Create Your Badge
Halim Jasmi's Facebook Profile

20090322-0063 copy

Masjid indah ini adalah,diantara Masjid-masjid yang terdapat di Brunei. Di Masjid inilah juga tempat Rajaa Mohamed & Sajidah Fareen di ijak kabulkan.Nanti kan entry mereka berdua tak lama lagi.

Halim Jasmi’s Profile | Create Your Badge
Halim Jasmi's Facebook Profile

Salam Maulidul Rasul

March 9, 2009

Hari ini seluruh umat islam memperingati hari ulang tahun junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Seorang Tokoh yang patut di contohi sifat dan keperibadian yang sungguh mulai.Marilah kita berselawat keatasnya semoga kita jugak akan memperolehi syafat dari nya.
Hari ini jugak Public Holiday di seluruh negara maka ramai jugak yang pergi bercuti.termasuklah den ni ha!
030809

Blogging…

February 24, 2009

Assalamualaikum…., Hai dah lama dah blog ni tak di update.., tak tau apa nak dikongsikan bercerita.Nak kata gbr takde ni di kongsikan.tak jugak!Agaknya malas lah.. hehehe.Takpe kali ini nak cite sikit tentang lawatan sy ke negera sebarang. Ia itu Singapura.Sebenar tak ada tujuan pun kesana.Saja je nak jalan-jalan.
Citenya bermula dengan menaiki bus dari KL jam 1.30 pg, itu pun ada kelewatan ketika hendak bertolak.Bus express ini masuk ke singapura pun dah waktu shuruk.Memandangkan tempat bus tu berhenti dekat dengan sebuah masjid kaum india muslim iaitu Masjid Fatimah. Saya pun berehat seketika di masjid tersebut selepas solat subuh.

Masjid Fatimah
IMG_3283ed

Rata-rata yang ada dalam masjid tersebut bukannya orang singapura, Ada yang datang dari Pakistan & India. Agaknya diorang datang berdakwah. Katanya diaorang ni akan round sedunia utk berdakwah termasuk Malaysia.tapi mungkin ada jugak sy tak perasaan ada orang tempatan dan masjid tu. Bila hari agak siang, sy pun mula lah berjalan untuk mencari sarapan.Sebenarnya ini bukan kal pertama saya ke singapura, malah dulu kecik-kecik sering dibawak orang tua saya maupun atuk ke singapura atas urasan perniagaan.Restoran ZAM ZAM lah tempat kebiasan kami makan.Memang teringin sgt lah waktu tu nak makan kat situ.Alhamdulilah jumpa jugak restoran tuh. Jauh – Jauh berjalan Roti telur jugak aku order.. : )

ZAM ZAM ALA KAZAM…BAWAK LA AKU KE PASIR BERDENGUNG.
IMG_3298ed
Lepas abis makan aku pergi lah mulakan berjalan aku balik. Jalan antara bangunan ke bangunan ni takde lah terasa jauh, agaknya banyak tempat kita bole tengok sampai tak perasaan jauh jugak lah aku berjalan.Kalau kat KL nie jalan sejauh tu dah pancit.Sampai lah aku ke Shaw tower. Kedai tutup lagi.tunggu lah aku 1 jam sebelum kedai tu bukak.Kat sana belilah aku CF card,sbb kan murah aku pun belilah dan beberapa barang lagi… hehehe.
Takde sape nak ambil gbr utk aku lah…..
IMG_3322ed
Meringkas kan cite sesudah b’jalan hingga ke Peninsula Plaza (nak tengok barang accesories camera atau pun camera, kat sini memang best). masa pun dah lewat petang. Hari yang sama aku balik KL. LoL

London Bus.

December 3, 2008

Trip ke Melaka.. bukan kota London ye. Ehh jgn tak tahu..kat Melaka pun ada London Bus! Ikut maklumat yang saya dapat ,bus ni memang bus yang di bawak dari London. Siap number plate asal bus ni pun masih di letak di bawah plate number kenderaan Malaysia. Kebiasanya Bus ini di London jugak di gunakan membawa pelancong round satu kota London. Jadi agaknya kat melaka diorang jugak guna kan konsep ini, dengan membawa pelancong keliling bandar melaka.Tapi saya lebih prefer kalau naik di waktu malam. Al sebab nya tak Panass…,Selain dari itu kami pun jugak naik Taming sari bole tengok permandangan dari atas.
View dari atas Taming sari
img_0066
Masa kita orang pergi kat melaka,Eyes of Malaysia baru tengah di pasang, so tak sempat lah kita nak merasa naik.Roda besar di pasang bertentangan dengan selat melaka. Pasti menarik syeh…., Kalau kena dengan cuaca baik, bolelah tengok matahari terbenam di atas Eye of Malaysia.Sewaktu kita kat dalam bus london tuh,Kami menyempat lah snap gbr posing-posing sikit. Pada mula nya setakat ambil sikit-sikit je… tapi entah macam mana badan dah naik sheik..mula kita berposing ala kanak-kanak. Emm memang tak malu lah kita orang ni…. orang-orang yang pada mulanya duduk sebaris dengan kami di belakang.., terpaksa perpindah ke depan sebab tak tahan dengan kekecohan yang berlaku.Hehehe sori ah.. Al-maklumlah.., dah lama tak keluar dgn family.Bila ada kesempatan itu lah jadinya.
Eleh.. itu bukan tido betul-betul….
img_0210
Apa-apa pun malam tuh memang kecoh habis arhh.Bapak budak pun dah jadi macam budak-budak…hehehe.