Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup di dalam tahun 1429 kepada tahun 1430, bersama-sama dengan azam penghijrahan yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kurang beriman kepada lebih beriman, daripada kehidupan yang tidak jelas kepada kehidupan yang bersih.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari suami yang kurang baik kepada suami yang lebih baik, dari isteri yang kurang baik kepada isteri yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik.
Selamat Tahun Baru dan semoga Allan ampunkan Dosa-Dosa yang telahh dan sedang kita lakukan dengan sebab terlupa,sengaja atau jahil nya kita sebagai insan yang kerdil di muka bumi ini..
Archive for December, 2008
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430
December 28, 2008BIG BRO.
December 17, 2008Kali ini saya shoot ,bukan Pre-Wedding. Tapi kata orang ‘My own Bro’. Shot di ambil berdekatan dgn Masjid selat Melaka.Terdapat banyak rumah-rumah kedai, tapi tak layak diduduki lagi. Jadi nampak seperti’Ghost Town’ je.Lokasi shot ni betul dekat dgn selat melaka. Seperti di dalam gambar satu ni. Terdapat byk pillers besar yang di tegakkan untuk pembinaan.

Peluk bini ke????

Aksi selepas melontar bomb tangan ke arah musuh.. hehehe
Korban Kasih
December 10, 2008Peristiwa kemalangan maut suami- isteri yang terjadi tidak lama dulu, adalah satu peristiwa yang menggemparkan sesiapa yang mengenali mereka.Apatah lagi kelima anak-anak arwah yang ditinggalkan buat selama-lamanya.Peristiwa ini berlaku di bulan syawal tahun ini.Arwah berjiran dengan kami di kampung.Mengikut cerita dari ayah aku sendiri, sebelum kejadian berlaku ,ayah sempat menegur arwah ketika berjumpa di depan rumah. Tak sengka itu ada kali terakhir ayah saya bertemu mereka berdua.

racangan korban kasih di TV 1.- potrait keluarga allahyarham.
Allahyarham &Allahyarhamah meninggal 5 orang anak. dan dua orang masih bersekolah.Nak di jadikan cerita dua bulan kejadian,anak perempuan yang sulong telah berhenti kerja,Alasan pada maasa itu untuk berlajar memasak ,sebab sebelum ini dia tidak tahu memasak.Siti, anak arwah tak menyanka selepas ini dia perlu memasak untuk adik-adik nya selepas permegian ibunya.Ini yang di katakan takdir.
Raya korban yang lepas aku sempat berjumpa dengan mereka.. kelihatan mereka ceria di raut wajah mereka,, tapi hati tuhan saja yang tahu.Semoga arah cik razak & Ck Embun di tempatkan dengan orang-orang yang soleh. AL-FATHIAH.

Selamat Hari Raya Korban
December 7, 2008
Assalamualaikum.., Kepada semua Umat islam di seluruh dunia,Aku di sini mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Korban.Semoga Pengorbanan di sepanjang tahun ini di limpahkan rahmat oleh yang maha esa… AMIN.Wukuf di arafah adalah hari ini.Waktu kemuncak doa di antara 5.09pm – 10.38pm.Semoga kita semua mengambil kesempatan ini ..Jazakallah.
London Bus.
December 3, 2008Trip ke Melaka.. bukan kota London ye. Ehh jgn tak tahu..kat Melaka pun ada London Bus! Ikut maklumat yang saya dapat ,bus ni memang bus yang di bawak dari London. Siap number plate asal bus ni pun masih di letak di bawah plate number kenderaan Malaysia. Kebiasanya Bus ini di London jugak di gunakan membawa pelancong round satu kota London. Jadi agaknya kat melaka diorang jugak guna kan konsep ini, dengan membawa pelancong keliling bandar melaka.Tapi saya lebih prefer kalau naik di waktu malam. Al sebab nya tak Panass…,Selain dari itu kami pun jugak naik Taming sari bole tengok permandangan dari atas.
View dari atas Taming sari

Masa kita orang pergi kat melaka,Eyes of Malaysia baru tengah di pasang, so tak sempat lah kita nak merasa naik.Roda besar di pasang bertentangan dengan selat melaka. Pasti menarik syeh…., Kalau kena dengan cuaca baik, bolelah tengok matahari terbenam di atas Eye of Malaysia.Sewaktu kita kat dalam bus london tuh,Kami menyempat lah snap gbr posing-posing sikit. Pada mula nya setakat ambil sikit-sikit je… tapi entah macam mana badan dah naik sheik..mula kita berposing ala kanak-kanak. Emm memang tak malu lah kita orang ni…. orang-orang yang pada mulanya duduk sebaris dengan kami di belakang.., terpaksa perpindah ke depan sebab tak tahan dengan kekecohan yang berlaku.Hehehe sori ah.. Al-maklumlah.., dah lama tak keluar dgn family.Bila ada kesempatan itu lah jadinya.
Eleh.. itu bukan tido betul-betul….

Apa-apa pun malam tuh memang kecoh habis arhh.Bapak budak pun dah jadi macam budak-budak…hehehe.




