Salam Jummat…,Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan.Tahun ni Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 hanya akan dilangsungkan di pekarangan Parlimen sebagai langkah untuk mengelakkan perhimpunan besar-besaran bagi membendung penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).Rasa bersyukur kerana sudah 52 tahun negara kita merdeka.Melihat nasib dan keadaan negara-negara yang menderita akibat perperangan kita harus bersyukur dan berusaha untuk mengkekalkan kesejahteraan dan kemakmuran.
Video ini ambil dari laman web Reuters. Sejak Febuari 2005,demonstrasi ini berlaku setiap hari jummat di perkampungan BILIN. Sama-sama kita berdoa semoga saudara-saudara kita dilindungi ALLAH S.W.T- Amin.
